Thursday, April 22, 2021

 Langkah- Langkah Hilangkan Kesan Karat - 

Samurai Paint Malaysia



Haii gaiss.. selamat kembali !!!

Hari ini kami nak bagi tips untuk hilangkan kesan karat pada jentera kesayangan korang dengan menggunakan Samurai spray paint.. Ramai orang mesti pernah menghadapi masalah kesan karat ini tapi tak tahu cara nak hilangkan kan? 


So, apa korang buat? Hantar ke pusat servis untuk hilangkan tersebut? Tak yah lah membazirkan duit korang.. Kami bagi tips Samurai spray paint yang paling mudah untuk menyelesaikan masalah ini dengan harga yang murah !! Ikut je step Samurai spray paint gaisss!!!


Jom kita tengok langkah2 hilangkan kesan karat dengan Samurai spray paint kat bawah 😉.

More info about samurai paint : Spray Product 








Step 1 : Gosok permukaan kesan karat

Gosokkan semua kawasan yang berkarat debgan menggunakan kertas pasir sehingga kesemua karat hilang gaiss.. Korang kena guna kertas pasir gred 320 yang kasar tu. Lepas tu, basuh permukaan yang telah digosok menggunakan air bersih. Pastikan permukaan tersebut benar2 bersih dan tidak terdapat benda asing sebelum semburan dijalankan.










Step 2 : Spray Samurai 2K06 epoxy Metal Primer

Next, korang kena spray permukaan yang telah diogosok sepenuhnya dengan Samurai 2K06 secara rata. Penggunaan yang ideal pada permukaan yang berkarat atau yang baru dapat mencegah daripada berlakunya karat yang lebih teruk dan mampu menhakis permukaan tersebut.







More info about samurai paint : Spray Product 

Step 3 : Spray Samurai Undercoat


       Sembur warna asas yang ingin digunakan seperti putih/hitam/silver bagi  menyerlahkan warna topcoat yang akan disembur dan pastikan warna menutupi keseluruhan permukaan projek.










Step 4 : Spray Samurai Topcoat


 Sebelum semburan dilakukan, pastikan permukaan kering dengan sepenuhnya. Sembur semula Top coat/warna diatas permukaan yang telah diseiakan tadi. Sebelum menaikkan semburan yang kedua pastikan warna yang telah dikering sepenuhnya.






Step 5: Spray Samurai Clear Coat


Okay gais, ini adalah step yang terakhir untuk hilangkan kesan karat iaitu spray Samurai clear coat. Sebelum naikkan clearcoat, pastikan topcoat kering dengan sepenuhnya. Clear coat akan melindung lapisan cat dan dapat menimbulkan warna, licin dan menambah kilauan serta memberi ketahanan kepada topcoat yang telah disembur.







Ini lah step2 untuk menghilangkan kesan karat dengan Samurai spray paint. Senang kan? Jadi, korang boleh lah buat hasil korang lepas ini. Nanti jangan lupa share hasil korang dengan kami. 

Ni ada beberapa RUJUKAN LINK Samurai spray paint yang korang boleh tengok :


Facebook Samurai Paint : https://www.facebook.com/SamuraiSprayPaint
Shopee Samurai Paint : shopee.com.my/samuraipaintmalaysia
Instagram Samurai Paint : https://www.instagram.com/samuraispraypaint/?hl=en



More info about samurai paint : Spray Product 




No comments:

Post a Comment

Kesalahan yang bakal dilakukan ketika Spray    Samurai Spray Paint 1. Masalah yang nak di elakkan ketika guna Samurai Spray Paint ialah Cat ...