LANGKAH-LANGKAH SPRAY ENGINE PART EP41* BRONZE
Haii Samuraiannn !!!
Apa khabar semua? Macam mana persediaan Raya tahun ni korang? Kami harap korang meraikan perayaan ni dengan selamat kat rumah korang..
Hari ini, kami nak bagi tips untuk spray engine part korang dengan warna Bronze. Bukan sahaja kami nak cantikkan luar motor tapi kita harus selalu menjaga part engine dengan baik.
Jom kami tengok cara menghasilkan engine part dengan produk EP41* Bronze..
Step 1: Gosok
Kertas Pasir P320-600
Gosok dengan kertas pasir dan air untuk membuang clear lama sebelum memulakan projek
Step 2: Surfacer
2K04 Epoxy Surfacer
Sembur 2K04 Epoxy Surfacer untuk mematikan cat lama dan menutup lubang/calar halus. Sembur 1-2 lapisan dan biarkan kering selama 1 jam.
Step 3: Gosok
Kertas Pasir P800-1000
Gosok semula dengan kertas pasir dan air untuk melicinkan permukaan (semakin licin, semakinkilat hasilnya).
Step 4: Undercoat
2/102 White
Sembur 2/102 White sebagai undercoat untuk menyerlahkan warna yang ingin disembur. Sembur 2-3 lapisan dan biarkan kering 15-20 minit.
Step 5: Top Coat
EP41* Bronze
Sembur EP41 Bronze lapian demi lapisan untuk meratakan warna. Sembur 2-3 lapisan dan biarkan kering 15-20 minit.
Step 6: Top Coat Clear
2K01 Clear
Sembur permukaan dengan 2K01 clear untuk memberi perlindungan maksima dan kesan kilat (glossy). Sembur 4 lapisan demi lapisan nipis (setiap lapisan selang 8-10 minit.
Ni ada beberapa RUJUKAN LINK Samurai spray paint yang korang boleh tengok :
Facebook Samurai Paint : https://www.facebook.com/SamuraiSprayPaint
Shopee Samurai Paint : shopee.com.my/samuraipaintmalaysia
Instagram Samurai Paint : https://www.instagram.com/samuraispraypaint/?hl=en
No comments:
Post a Comment