MEMAHAMI LAPISAN PRODUK 2K SAMURAI PAINT
Haiii Gaisss..
Apa khabar semua? Selamat kembali ke Blog Samurai Spray Paint !!
Seperti yang korang tahu, keistimewaan Samurai Spray Paint adalah produk 2K tapi korang tahu benar-benar memahami lapisannya? Jangan risau, kami akan terangkan tentang produk 2K dan kelebihannya.
Terdapat beberapa bahan untuk Produk 2K.. Jom kita tengok bahan dulu!
More info about samurai paint : Spray Product
Bahan:
1) Surfacer
Epoxy Surfacer 2K04
2) Undercoat
White 2
3) Color Coat
Neon Blue 67
4) Top Coat
2K01
Okay ni sahaja gaiss untuk bahan.. Setiap bahan ni ada pelbagai pilihan untuk korang. Contohnya, untuk Undercoat ada beberapa warna dan itu bergantung pada projek korang..
Sekarang, jom kita tengok langkah asas untuk spray 2K Samurai Spray Paint!
More info about samurai paint : Spray Product
Langkah-langkahnya:
Pertama, sediakan permukaan dulu. Macam mana nak sediakan permukaan? Haaa, kami ajak.. Haha!
- Pastikan gosok dengan kertas pasir gred 400-800 sebelum memulakan projek semburan
- Keringkan Surfacer dengan sepenuhnya sebelum spray undercoat White #2
- Selepas undercoat kering, gosokkan dengan kertas pasir gred 1000-1500 sebelum spray Color Coat dengan SAMURAI Neon Blue 67.
- Selepas Color Coat kering dengan sepenuhnya, spray kan Top Coat dengan Clear Coat 2K01 sebagai lapisan terakhir.
Korang tahu tak? Korang kena spray beberapa lapisan untuk dapatkan hasil macam profesional. Lapisan itu kena ikut step by step gaisss!!
Lapisan:
1) Surfacer
Sebagai lapisan pertama untuk menutupi lubang-lubang kcil, melicinkan dan meratakan permukaan yang mempunyai cat lama.
2) Undercoat
Berfungsi sebagai lapisan pemangkin untuk menaikkan lagi apa jua warna yang disembur.
3) Color Coat
Sebagai warna penyeri untuk mencantikkan permukaan projek korang.
4) Top Coat
Lapisan terakhir yang berfungsi sebagai perlindungan terakhir kepada projek anda. Ia melidungi projek anda daripada karat dan bahan kimia. Ia juga bertujuan bagi memberikan kilatan yang sepenuhnya kepada projek korang.
Okay gaiss.. kami harap korang memahami apa yang telah diterangkan dan lebih memahami tentang produk Samurai Spray Paint 2K kami. Sekarang, korang boleh lah memulakan projek korang dengan pemahaman yang lebih baik. Korang juga boleh berkongsi pengetahuan ini dengan rakan korang.
More info about samurai paint : Spray Product
Ni ada beberapa RUJUKAN LINK Samurai spray paint yang korang boleh tengok :
Facebook Samurai Paint : https://www.facebook.com/SamuraiSprayPaint
Shopee Samurai Paint : shopee.com.my/samuraipaintmalaysia
Instagram Samurai Paint : https://www.instagram.com/samuraispraypaint/?hl=en
No comments:
Post a Comment